Selasa, 3 Mei 2016

51:31-37 Tafsir Surah Az Zariyat, ayat 31-37.

قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ (٣١) قَالُوا إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَى قَوْمٍ مُجْرِمِينَ (٣٢) لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِنْ طِينٍ (٣٣) مُسَوَّمَةً عِنْدَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ (٣٤) فَأَخْرَجْنَا مَنْ كَانَ فِيهَا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ (٣٥) فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ (٣٦) وَتَرَكْنَا فِيهَا آيَةً لِلَّذِينَ يَخَافُونَ الْعَذَابَ الألِيمَ (٣٧)

Nabi Ibrahim a.s. bertanya kepada para tetamunya (malaikat).

"31. Dia berkata, "Maka apakah urusan kalian wahai para utusan?""

Beliau merasakan bahawa mereka para tetamu itu adalah utusan Allah s.w.t. yang diutuskan mereka kerana suatu urusan penting.

"32. Mereka berkata, "Sungguh kami diutus kepada kaum yang berdosa.""

Iaitu kaum Luth. Mereka berdosa kerana telah berbuat syirk, mendustakan rasul mereka, dan mengerjakan perbuatan keji yang tidak pernah dilakukan oleh generasi sebelum mereka.

"33. Agar kami kirimkan atas mereka batu-batu dari tanah." 

Kaum Lut akan dihujani batu dari tanah yang dibakar.

"34. Yang ditandai di sisi Tuhanmu bagi orang-orang yang melampaui batas." 

Musawwamatan adalah batu-batu yang diberi tanda dengan nama orang yang akan dibinasakan. Maka Ibrahim a.s. berbicara dengan mereka tentang kaum Luth a.s., agar Allah s.w.t. mengangkat azab dari mereka. Ibrahim a.s. berkata, "Sesungguhnya di kota itu ada Luth.”

Para malaikat berkata, "Kami lebih mengetahui siapa yang ada di kota itu. Kami sungguh-sungguh akan menyelamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya. Dia termasuk orang-orang yang tertinggal."

Para malaikat itu meminta Ibrahim a.s. agar tidak melanjutkan pembicaraan tentang itu kerana keputusan Allah telah datang. Mereka akan ditimpa azab yang tidak dapat ditolak.

"35. Maka Kami keluarkan orang yang dia di dalamnya dari orang-orang yang beriman." 

Mereka adalah Luth a.s. dan ahli baitnya (keluarganya) kecuali isterinya diperintahkan keluar dari tempatnya untuk para malaikat membinasakan orang-orang kafir.

"36. Maka tidak Kami dapati di dalamnya, kecuali rumah dari orang-orang muslim." 

Hanya sebuah rumah yang ada penghuninya yang berserah diri kepada Allah s.w.t. iaitu rumah Nabi Lut a.s.

"37. Dan Kami tinggalkan di dalamnya ayat bagi orang-orang yang takut azab yang pedih." 

Allah s.w.t. jadikan negeri itu sebagai pelajaran bagi yang lainnya tentang azab, pembalasan, dan batu dari tanah yang keras bertompok-tompok yang ditimpakan kepada mereka; dan dijadikan bekas tempat mereka danau yang airnya hitam dan berbau busuk lagi kotor sebagai tanda yang menunjukkan kebinasaan mereka.

Hal ini akan menjadi pelajaran bagi orang-orang yang beriman supaya mereka tidak melakukan seperti yang dilakukan kaum Luth a.s., mengetahui bahawa Allah s.w.t. sangat keras siksaNya dan bahawa para rasulNya adalah benar.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...