Isnin, 6 Jun 2016

17:9-11 Tafsir Surah Al Isra, ayat 9-11.

إِنَّ هذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا كَبِيرًا (٩) وَأَنَّ الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ بِالآخِرَةِ أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا (١٠) وَيَدْعُ الإنْسَانُ بِالشَّرِّ دُعَاءَهُ بِالْخَيْرِ وَكَانَ الإنْسَانُ عَجُولا (١١)

Allah s.w.t. memuji dan menerangkan kemuliaan dan keagungan kitabNya yang Dia turunkan kepada RasulNya Nabi Muhammad s.a.w.

"9. Sesungguhnya ini Al Qur’an memberi petunjuk bagi yang ia lebih lurus" 

Kitab Al Qur'an itu memberikan petunjuk kepada jalan yang lebih lurus dan lebih terang baik dalam ‘aqidah, amal maupun akhlak. Orang yang mengambil petunjuk darinya akan menjadi orang yang sempurna, lurus dan mendapat petunjuk.

"dan memberi khabar gembira orang-orang mukmin, orang-orang yang mengerjakan amal soleh" 

Iaitu amalan yang wajib maupun yang sunat seperti yang terkandung di dalam Al Qur'an.

"bahawasanya bagi mereka pahala yang besar." 

Kelak di hari kiamat.

"10. Dan sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada akhirat," 

Iaitu menyampaikan berita kepada orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat.

"Kami sediakan bagi mereka azab yang pedih." 

Kelak di hari kiamat. Al Qur’an berisikan khabar gembira dan peringatan, menerangkan sebab-sebab untuk memperoleh khabar gembira, iaitu iman dan amal soleh dan sebab yang yang menjadikan seseorang mendapat ancaman, iaitu sebaliknya.

"11. Dan berdoa manusia dengan kejahatan sebagaimana doanya dengan kebaikan." 

Iaitu doa yang dilakukannya dalam keadaan tertentu untuk keburukan diri, keluarga, dan hartanya terutamanya ketika marah. Yang dimaksud dengan keburukan ini adakalanya ingin mati, atau binasa, atau kehancuran, dan laknat serta lain sebagainya yang buruk akibatnya.

Akan tetapi, Allah s.w.t. kerana kelembutanNya mengabulkan yang baiknya, tidak yang buruk. Seandainya Allah s.w.t. mengabulkan doanya atau bertepatan dengan sa'atul ijabah, nescaya binasalah dia.

"Dan dia manusia tergesa-gesa." 

Sesungguhnya yang mendorong seseorang melakukan hal seperti ini hanyalah rasa kekhuatiran, kebodohan dan ketergesa-gesaannya. Mereka tidak melihat akibatnya.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...