Jumaat, 17 April 2020

5:82 Tafsir Surah Al Maidah, ayat 82.

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُوا وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَوَدَّةً لِلَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ قَالُوا إِنَّا نَصَارَى ذَلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَانًا وَأَنَّهُمْ لا يَسْتَكْبِرُونَ (٨٢) 

Allah s.w.t. berfirman,

"82. Sungguh kamu akan mendapati manusia yang paling keras permusuhan terhadap orang-orang yang beriman Yahudi dan orang-orang yang musyrik." 

Pasti kamu akan dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Demikian itu kerana kebencian dan kedengkian mereka yang begitu mendalam kepada kaum muslim.

Juga kerana kebodohan, kekafiran, pembangkangan, keingkaran, kesombongannya terhadap perkara yang benar, meremehkan orang lain, merendahkan kedudukan para penyanggah ilmu dan kerana mereka selalu mengikuti hawa nafsu.

Kerana itulah orang-orang Yahudi banyak membunuh nabi-nabi mereka, sehingga Rasulullah s.a.w. tak luput dari percubaan pembunuhan yang dirancang oleh mereka berkali-kali. Mereka meracuni Nabi s.a.w. dan menyihirnya, dan mereka mendapat dukungan dari orang-orang musyrik yang sependapat dengan mereka.

Berdasarkan ayat ini, bahawa musuh besar Islam dan kaum muslim adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik, dan mereka adalah orang-orang yang paling banyak berusaha menimpakan bahaya kepada kaum muslim.

"Dan sungguh kamu akan mendapati mereka paling dekat persahabatan terhadap orang-orang yang beriman orang-orang yang berkata, "Sesungguhnya kami orang-orang Nasrani.""

Pasti akan kamu dapati orang yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang mengakui dirinya sebagai orang-orang Nasrani, iaitu pengikut Al Masih dan berpegang kepada kitab Injilnya.

Di kalangan mereka secara globalnya terdapat rasa persahabatan kepada Islam dan para pemeluknya. Hal itu tiada lain kerana apa yang telah tertanam di hati mereka, kerana mereka pemeluk agama Al Masih yang mengajarkan kepada lemah lembut dan kasih sayang.

Di dalam kitab mereka tertera bahawa barang siapa yang memukul pipi kananmu, maka berikanlah kepadanya pipi kirimu; dan perang tidak disyariatkan di dalam agama mereka.

"Demikian itu disebabkan di antara mereka pendeta-pendeta dan rahib-rahib" 

Yang demikian itu disebabkan kerana di antara orang-orang Nasrani itu terdapat para pendeta, iaitu juru khutbah dan ulama mereka, dan para rahib, iaitu ahli ibadah mereka. Qissis (pendeta) adalah ulama mereka, sedangkan rahib adalah ahli ibadah di antara mereka.

Ilmu yang disertai kezuhudan serta ibadah merupakan hal yang menjadikan hati menjadi lunak dan menyingkirkan kekerasannya. Oleh kerana itu, tidak ditemukan dalam diri mereka sikap keras dan kasar sebagaimana dalam diri orang-orang Yahudi dan musyrik.

"dan bahawasanya mereka, mereka tidak menyombongkan diri."

Dan juga kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri untuk mengikuti kebenaran, tidak seperti orang-orang Yahudi dan kaum musyrik Mekah yang menyombongkan diri.

Orang yang tidak sombong (tawadhu') lebih dekat kepada kebaikan, oleh kerananya mereka lebih dekat kepada kaum muslim.

Ayat ini mengandung penjelasan mengenai sifat mereka, bahawa di kalangan mereka terdapat ilmu, dan mereka adalah ahli ibadah serta orang-orang yang rendah diri.

Akhir juz 6.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...