Jumaat, 29 April 2016

33:31 Tafsir Al Ahzab, ayat 31.

وَمَنْ يَقْنُتْ مِنْكُنَّ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ وَتَعْمَلْ صَالِحًا نُؤْتِهَا أَجْرَهَا مَرَّتَيْنِ وَأَعْتَدْنَا لَهَا رِزْقًا كَرِيمًا (٣١)

Allah s.w.t. berfirman kepada isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w., 

"31. Dan barang siapa patuh di antara kalian kepada Allah dan RasulNya, dan dia mengerjakan amal soleh," 

Sedikit atau banyak. Al qunut ertinya taat, yakni taat kepada Allah dan RasulNya serta tunduk patuh.

"Kami berikan dia pahalanya dua kali dan Kami sediakan baginya rezeki yang mulia." 

Di syurga sebagai tambahan. Sesungguhnya mereka kelak berada di tempat-tempat kediaman Rasulullah s.a.w. di syurga yang tertinggi, berada di atas semua tempat semua makhluk di syurga. Tempat tersebut dinamakan Al Wasilah, yang merupakan tempat tertinggi di dalam syurga sebagai tempat yang paling dekat dengan 'Arasy.

Maka Aisyah r.a. memilih Allah, RasulNya dan negeri akhirat. Mendengar jawaban itu hati Rasulullah s.a.w. gembira. Lalu Beliau s.a.w. menawarkan pilihan kepada semua isterinya yang lain. Mereka juga memilih Allah, RasulNya dan negeri akhirat daripada kehidupan dunia.

Dan mereka tetap menjadi isteri Rasulullah s.a.w. Mereka tidak peduli terhadap lapang dan sempitnya kehidupan mereka, senang dan susahnya, dan mereka qanaah (menerima seadanya) pemberian sedikit dari Rasulullah s.a.w. dan tidak meminta sesuatu yang menyusahkan Beliau s.a.w. Maka Allah s.w.t. menghimpunkan bagi mereka sesudah itu kebaikan dunia dan kebahagiaan di akhirat.

Semoga Allah melimpahkan ridhaNya kepada mereka dan membuat mereka semua ridha dengan pahalaNya.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...