Rabu, 29 Jun 2016

78:6-16 Tafsir Surah An Naba’, ayat 6-16.

أَلَمْ نَجْعَلِ الأرْضَ مِهَادًا (٦) وَالْجِبَالَ أَوْتَادًا (٧) وَخَلَقْنَاكُمْ أَزْوَاجًا (٨) وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا (٩) وَجَعَلْنَا اللَّيْلَ لِبَاسًا (١٠) وَجَعَلْنَا النَّهَارَ مَعَاشًا (١١) وَبَنَيْنَا فَوْقَكُمْ سَبْعًا شِدَادًا (١٢) وَجَعَلْنَا سِرَاجًا وَهَّاجًا (١٣) وَأَنْزَلْنَا مِنَ الْمُعْصِرَاتِ مَاءً ثَجَّاجًا (١٤) لِنُخْرِجَ بِهِ حَبًّا وَنَبَاتًا (١٥) وَجَنَّاتٍ أَلْفَافًا (١٦)

Allah s.w.t. berfirman menerangkan nikmat-nikmatNya dan dalil-dalil yang menunjukkan benarnya apa yang diberitakan para rasul.

"6. Tidakkah Kami jadikan bumi hamparan?" 

Dia menganugerahkan nikmat yang banyak. Dia jadikan bumi sebagai hamparan yang yang tetap, tenang, kukuh, sedia ditempati, digarap, dibuat jalan dan layak untuk dihuni oleh makhlukNya.

"7. Dan gunung-gunung pasak?"

Dia menjadikan pada bumi pasak-pasak untuk menstabilkan dan mengukuhkannya serta memantapkannya sehingga bumi menjadi tenang, tidak goyang dan tidak menggoncangkan penduduknya. Fungsi gunung adalah seperti pasak yang mengukuhkan khemah daripada bergoyang.

"8. Dan Kami ciptakan kalian berpasang-pasangan." 

Dia menciptakan lelaki dan perempuan agar masing-masing dapat bersenang-senang, merasa tenteram, tumbuh rasa cinta dan kasih sayang, dan berkembang keturunan.

"9. Dan Kami jadikan tidur kalian istirahat." 

Dia menjadikan tidur agar manusia dapat menghentikan pergerakan setelah banyak melakukan aktiviti di sepanjang siang hari, agar tercapai istirehat yang bermanfaat dan agar tubuh menjadi segar kembali. Badan yang tidak direhatkan tentu akan memadharratkan.

"10. Dan Kami jadikan malam pakaian." 

Maksudnya adalah ketenangan. Malam disebut sebagai pakaian kerana kegelapannya menutupi jagat sebagaimana pakaian menutupi tubuh manusia.

"11. Dan Kami jadikan siang mencari penghidupan." 

Dia menjadikan siang terang benderang agar manusia dapat melakukan berbagai aktiviti.

"12. Dan Kami bangun di atas kalian tujuh yang kukuh." 

Dia membangunkan tujuh lapis langit dengan segala keluasannya, ketinggiannya, kekukuhannya, tidak rapuh dan kerapiannya serta hiasannya yang dipenuhi dengan bintang-bintang yang tetap dan yang beredar, meskipun telah berlalu masa yang panjang. Dia menahannya dengan kekuasaanNya dan menjadikannya sebagai atap bagi bumi.

"13. Dan Kami jadikan siang yang sangat terang." 

Dia menjadikan pelita yang terang-benderang. Dia menjadikan matahari yang cahayanya menerangi penduduk bumi dan semesta alam.

"14. Dan Kami turunkan dari awan, air yang tercurah." 

Dia mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan dibentangkan di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Al mu'sirat ialah awan yang mengandungi air hujan dan masih belum diturunkan. Sajjajan ertinya tercurah, berturut-turut, banyak atau lebat.

"15. Untuk Kami tumbuhkan dengannya biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan." 

Dia tumbuhkan dengan air hujan yang banyak, baik, bermanfaat, lagi mengandung berkah ini biji-bijian untuk manusia dan haiwan, sayur-sayuran yang dapat dimakan secara mentah, Dia tumbuhkan pula taman-taman dan kebun-kebun yang menghasilkan berbagai macam buah-buahan yang beraneka ragam rasa dan baunya, yang adakalanya kesemuanya itu dapat dijumpai dalam satu kawasan tanah.

"16. Dan kebun-kebun yang rendang." 

Alfafan ertinya lebat. Di sana terdapat berbagai macam buah-buahan yang enak. Dia telah mengurniakan bermacam-macam nikmat kepadamu sampai kamu tidak sanggup menjumlahkan nikmat-nikmat itu. Semuanya itu terdapat tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t. bagi kaum yang berfikir.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...