Jumaat, 1 Julai 2016

1:3 Tafsir Surah Al Fatihah, ayat 3.

الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ (٣)

Allah s.w.t. berfirman,

"3. Yang Maha Pemurah Maha Penyayang."

Disebutkannya ayat ini setelah "Al Hamdu lillahi Rabbil 'aalamiin" untuk memberitahukan bahawa Allah s.w.t. mengurus alam semesta ini atas dasar kasih-sayangNya, bukan dengan menyiksa dan memaksa.

Juga agar makna tarhib yang dikandung rabbul 'alamina beringingan dengan makna targib yang terkandung pada ar rahmanir rahim bahawa sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang, dan bahawa sesungguhnya azabNya adalah azab yang sangat pedih. Sesungguhnya amat cepat siksaanNya.

Lafaz Rabb (Tuhan) dalam ayat tersebut mengandung makna tarhib, sedangkan ar-rahmanir rahim mengandung makna targib.

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seandainya orang yang mukmin mengetahui apa yang ada di sisi Allah berupa siksaan, nescaya tiada seorang pun yang tamak menginginkan syurgaNya. Seandainya orang kafir mengetahui apa yang ada di sisi Allah berupa rahmat, niscaya tiada seorang pun yang berputus asa dari rahmatNya."

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...