Khamis, 16 April 2020

3:84-85 Tafsir Surah Ali Imran, ayat 84-85.

قُلْ آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالأسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَالنَّبِيُّونَ مِنْ رَبِّهِمْ لا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ (٨٤) وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٨٥)

Allah s.w.t. berfirman,

"84. Katakanlah, "Kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan atas kami""

Iaitu Al Qur'an.

"dan apa yang diturunkan atas Ibrahim, dan Ismail, dan Ishaq, dan Ya'qub," 

Iaitu semua suhuf (lembaran-lembaran kitab) dan wahyu yang diturunkan kepada mereka.

"dan anak-anaknya," 

Iaitu anak cucunya. Mereka adalah kabilah-kabilah dari kalangan Bani Israil yang bercabang dari anak-anak Israil (Ya'qub a.s.) yang jumlahnya ada dua belas orang.

"dan apa yang diberikan Musa, dan Isa" 

Iaitu kitab Taurat dan kitab Injil.

"dan para nabi dari Tuhan mereka.""

Hal ini mencakup pengertiannya kepada semua nabi secara umum.

"Kami tidak membeda-bedakan di antara seseorang dari mereka" 

Iaitu dengan beriman kepada sebahagian dan mendustakan sebahagian yang lain. Bahkan kami beriman kepada semuanya.

"dan kami terhadapNya orang-orang yang berserah diri."

Hanya kepadaNyalah kami berserah diri dan ikhlas beribadah.

Orang-orang mukmin dari kalangan umat ini beriman kepada semua nabi yang diutus dan beriman kepada semua kitab yang diturunkan. Mereka sama sekali tidak ingkar kepada sesuatu pun dari hal tersebut, bahkan mereka membenarkan bahawa semuanya itu diturunkan dari sisi Allah dan membenarkan semua nabi yang diutus oleh Allah.

Ayat ini turun berkenaan dengan orang-orang yang murtad dan bergabung dengan orang-orang kafir.

"85. Dan barang siapa yang mencari selain Islam agama, maka tidaklah diterima darinya,"

Barang siapa mencari selain Islam sebagai agamanya, maka sekali-kali tidaklah akan diterima agama itu darinya. Barang siapa yang menempuh suatu jalan selain jalan yang telah disyariatkan oleh Allah, maka jalan itu tidak akan diterima darinya. Amal solehnya tertolak; tidak diterima.

Nabi s.a.w., "Barang siapa yang melakukan suatu amal, sedangkan amal itu bukan termasuk urusan kami, maka amal itu ditolak."

"dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi." 

Dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi kerana kembali ke neraka.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...