Selasa, 29 Mac 2016

22:11-13 Tafsir Surat Al-Hajj, ayat 11-13


وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَعْبُدُ اللَّهَ عَلَى حَرْفٍ فَإِنْ أَصَابَهُ خَيْرٌ اطْمَأَنَّ بِهِ وَإِنْ أَصَابَتْهُ فِتْنَةٌ انْقَلَبَ عَلَى وَجْهِهِ خَسِرَ الدُّنْيَا وَالآخِرَةَ ذَلِكَ هُوَ الْخُسْرَانُ الْمُبِينُ (11) يَدْعُو مِنْ دُونِ اللَّهِ مَا لَا يَضُرُّهُ وَمَا لَا يَنْفَعُهُ ذَلِكَ هُوَ الضَّلالُ الْبَعِيدُ (12) يَدْعُو لَمَنْ ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِنْ نَفْعِهِ لَبِئْسَ الْمَوْلَى وَلَبِئْسَ الْعَشِيرُ (13)


Dahulu ada segolongan orang Badui datang kepada Nabi s.a.w. lalu masuk Islam. Bila mereka telah kembali ke kampung halaman mereka, lalu mereka menjumpai musim hujan dan musim subur serta musim melahirkan anak yang ramai, maka mereka berkata, "Sesungguhnya agama kita adalah agama yang baik," maka mereka berpegangan kepadanya.
Tetapi bila mereka men­jumpai tahun kekeringan dan kelaparan serta jarang adanya kelahiran, maka mereka berkata, "Tiada suatu kebaikan pun pada agama kita ini."
Maka Allah s.w.t. menurunkan ayat,
11. Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi;"
hingga akhir ayat.
Iaitu mereka yang lemah iman, di mana iman tidak masuk dan menyatu ke dalam hatinya, bahkan masuk hanya kerana takut atau hanya kerana kebiasaan yang
jika tersentuh cobaan langsung goyang.
Maksudnya, tidak dengan penuh keyakinan. Orang yang berada di atas keraguan diumpamakan seperti berada di tepi gunung kerana tidak kukuhnya.
Dengan kata lain, ia masuk Islam dengan hati yang tidak sepenuhnya; jika menjumpai hal yang disukainya, ia tetap berada dalam Islam; dan jika tidak, maka ia kembali kafir.
"maka jika dia memperoleh kebaikan, dia merasa puas,"
Kebaikan seperti kesihatan, keselamatan pada diri dan hartanya atau hartanya banyak dan tidak mendapatkan bahaya, isteri mereka melahirkan anak lelaki, kuda-kuda mereka subur melahirkan anak dan sebagainya.
Mereka pun tetap melakukan ibadahnya dan merasa puas kerana semua kebaikan itu, bukan kerana imannya.
"dan jika dia ditimpa suatu fitnah,"
Fitnah dalam ayat ini ertinya cobaan, bencana atau musibah. Apabila ia diserang wabak penyakit, dan isterinya melahirkan anak perempuan, kebinasaan pada hartanya atau memperoleh hal yang tidak disukainya dan hilang sesuatu yang dicintainya, serta zakat datang terlambat kepadanya.
"dia berbalik ke belakang."
Tetapi jika dunianya rosak serta tidak beroleh keuntungan, maka ia meninggalkan ibadahnya, murtad dan kembali kafir. Orang yang berwatak demikian adalah orang munafik.
"Dia rugi di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang nyata."
Dia tidak mendapatkan sesuatu pun dari dunia ini selain bahagian yang telah ditetapkan untuknya.
Adapun di akhirat kerana ia telah kafir kepada Allah Yang Mahabesar, maka nasibnya sangat celaka dan sangat terhina. Ia diharamkan masuk syurga dan tempatnya di neraka.
Hal seperti itu merupakan kerugian besar.
"12. Dia menyeru kepada selain Allah"
Iaitu menyembah berhala-berhala dan tandingan-tandingan Allah. Ia mintai pertolongannya, dan meminta hujan kepadanya serta meminta rezeki kepada sembahannya.
"sesuatu yang tidak dapat mendatangkan bencana dan tidak memberi manfaat kepadanya."
Padahal sembahannya itu tidak dapat memberikan suatu manfaat kepadanya jika disembah, tidak pula menimpakan mudarat kepadanya jika disembah.
"Itulah kesesatan yang jauh."
Dari kebenaran.
"13. Dia menyeru kepada sesuatu yang bencananya lebih dekat daripada manfaatnya."
Kemudaratannya di dunia sebelum akhirat lebih dekat daripada manfaatnya. Di akhirat nanti mudaratnya sudah jelas dan pasti.
"Sungguh, itu seburuk-buruk penolong"
Seburuk-buruk yang dimintai pertolongan selain Allah adalah berhala-berhala yang diserunya. Yang terbayang seakan-akan bermanfaat, padahal tidak. Bahkan lebih dekat mendapatkan yang bukan harapannya, seperti bahaya dan kerugian.
"dan sejahat-jahat kawan."
Hal itu, kerana yang diinginkan dari penolong dan kawan adalah manfaatnya dan terhindar dari bahaya, namun ternyata yang dia dapatkan darinya adalah bahaya dan tidak mendapatkan manfaat.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...