Selasa, 19 Julai 2016

46:9 Tafsir Surah Al Ahqaf Ayat 9.

قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ وَمَا أَدْرِي مَا يُفْعَلُ بِي وَلا بِكُمْ إِنْ أَتَّبِعُ إِلا مَا يُوحَى إِلَيَّ وَمَا أَنَا إِلا نَذِيرٌ مُبِينٌ (٩)

Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w.,

"9. Katakanlah, "Bukanlah aku yang pertama dari rasul-rasul,""

Beliau s.a.w. bukanlah rasul yang pertama di antara rasul-rasul. Bahkan telah datang rasul-rasul sebelumnya. Kerasulannya dan perkara yang disampaikannya bukanlah perkara yang asing dan aneh hingga berhak mendapat pendustaan kerana dakwah para rasul itu semuanya sama.

"dan tidak aku mengetahui apa yang akan diperbuat terhadapku dan tidak terhadap kalian." 

Beliau s.a.w. tidak mengetahui apakah yang akan diperintahkan dan dilarang kepadanya, apakah yang akan berlaku terhadap dirinya dan diri mereka di dunia ini, samada Beliau s.a.w. akan diusir, dirajam, dihukum atau dibunuh seperti para nabi sebelumnya.

Beliau s.a.w. juga tidak mengetahui samada orang-orang musyrik Quraisy akan beriman atau mereka tetap pada kekafirannya, dibenamkan ke dalam bumi, dilempari batu-batuan dari langit atau sesuatu azab yang sepertinya.

Beliau s.a.w. hanyalah manusia yang tidak berkuasa apa-apa. Allah s.w.t. yang berkuasa terhadap manusia, dan Beliau s.a.w. tidak dapat mendatangkan apa-apa dari sisinya. Adapun mengenai nasib di akhirat sudah dapat dipastikan tempat kembali Beliau s.a.w. adalah syurga, begitu pula orang-orang yang mengikutinya.

Kita dilarang memuliakan atau menyucikan seseorang. Contohnya dengan berkata, "Hai si fulan, aku bersaksi untukmu, bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. telah memuliakanmu." Nabi s.a.w. sendiri sebagai utusan Allah tidak mengetahui apa yang bakal dilakukan terhadap dirinya.

Tidak boleh dipastikan terhadap seseorang yang tertentu yang masuk syurga kecuali dengan adanya nas dari Pentasyri' yang menentukannya, seperti sepuluh orang sahabat yang telah mendapat berita gembira masuk syurga tanpa hisab, dan juga seperti Ibnu Salam, Al-Umaisa, Bilal, Suraqah Abdullah ibnu Amr ibnu Haram (orang tua Jabir) dan para ahli qurra yang berjumlah tujuh puluh orang yang gugur di sumur Ma'unah dan Zaid ibnu Harisah, Ja'far, dan Abdullah ibnu Rawwahah serta para sahabat lainnya; semoga Allah melimpahkan ridhaNya kepada mereka

"Tidaklah aku mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku," 

Beliau s.a.w. tidak mengadakan atau mereka-reka sesuatu pun dari sisinya.

"dan tidak aku kecuali pemberi peringatan yang nyata." 

Jika mereka menerima risalahnya dan memenuhi seruannya, maka itu adalah keberuntungan untuk mereka di dunia dan akhirat, dan jika mereka menolaknya, maka hisab mereka terserah Allah, dan Beliau s.a.w. telah memperingatkan mereka, sedangkan orang yang telah diperingatkan, maka sudah ditegakkan hujjah.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...