Jumaat, 20 Mac 2020

66:1-5 Tafsir Surah At Tahrim, ayat 1-5.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ لِمَ تُحَرِّمُ مَا أَحَلَّ اللَّهُ لَكَ تَبْتَغِي مَرْضَاةَ أَزْوَاجِكَ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ (١) قَدْ فَرَضَ اللَّهُ لَكُمْ تَحِلَّةَ أَيْمَانِكُمْ وَاللَّهُ مَوْلاكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ (٢) وَإِذْ أَسَرَّ النَّبِيُّ إِلَى بَعْضِ أَزْوَاجِهِ حَدِيثًا فَلَمَّا نَبَّأَتْ بِهِ وَأَظْهَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ عَرَّفَ بَعْضَهُ وَأَعْرَضَ عَنْ بَعْضٍ فَلَمَّا نَبَّأَهَا بِهِ قَالَتْ مَنْ أَنْبَأَكَ هَذَا قَالَ نَبَّأَنِيَ الْعَلِيمُ الْخَبِيرُ (٣) إِنْ تَتُوبَا إِلَى اللَّهِ فَقَدْ صَغَتْ قُلُوبُكُمَا وَإِنْ تَظَاهَرَا عَلَيْهِ فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمَلائِكَةُ بَعْدَ ذَلِكَ ظَهِيرٌ (٤)عَسَى رَبُّهُ إِنْ طَلَّقَكُنَّ أَنْ يُبْدِلَهُ أَزْوَاجًا خَيْرًا مِنْكُنَّ مُسْلِمَاتٍ مُؤْمِنَاتٍ قَانِتَاتٍ تَائِبَاتٍ عَابِدَاتٍ سَائِحَاتٍ ثَيِّبَاتٍ وَأَبْكَارًا (٥)

Aisyah r.a. mengatakan bahawa dahulu Nabi s.a.w. suka minum madu (putih) di rumah Zainab binti Jahsy, lalu tinggal bersamanya di rumahnya. Maka aku (Aisyah) dan Hafsah sepakat untuk melakukan suatu tindakan, bahawa kepada siapa pun di antara kami berdua Beliau s.a.w. masuk, maka hendaklah dia mengatakan kepadanya, "Engkau telah makan magafir (madu putih yang rasanya enak, tetapi baunya tidak enak), kerana sesungguhnya aku mencium bau magafir darimu." Maka Nabi s.a.w. bersabda, "Tidak, tetapi aku baru saja meminum madu biasa di rumah Zainab binti Jahsy, maka aku tidak akan meminumnya lagi; dan sesungguhnya aku telah bersumpah untuk itu, maka janganlah engkau ceritakan hal ini kepada siapa pun. Maka Allah menurunkan firmanNya, "kamu mencari keridhaan isteri-isterimu?" (At Tahrim: 1)

Aisyah r.a. bercerita bahawa Rasulullah s.a.w. dahulu suka tinggal di tempat Zainab binti Jahsy dan minum madu di rumahnya. Maka Aku (Aisyah dan Hafsah) mengadakan kesepakatan bahawa kepada siapa pun di antara kami berdua Nabi s.a.w. menggilirnya, hendaklah dia mengatakan kepadanya, "Sesungguhnya aku mencium darimu bau magafir, engkau pasti telah makan magafir." Lalu Nabi s.a.w. menggilir salah seorang dari keduanya, maka isteri yang digilirnya mengatakan kepadanya hal tersebut, lalu Nabi s.a.w. berkata kepadanya, "Tidak, bahkan aku hanya minum madu di rumah Zainab binti Jahsy, dan aku tidak akan meminumnya lagi." Maka turunlah firman Allah s.w.t., "Wahai Nabi! Kenapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu;? (At-Tahrim: 1) sampai dengan firmanNya, "Jika kalian bertaubat kepada Allah, maka sungguh condong hati kalian;" (At-Tahrim: 4)  Kamu berdua ini ditujukan kepada Aisyah dan Hafsah. "Dan ketika merahsiakan Nabi kepada sebahagian isteri-isterinya pembicaraan," (At Tahrim: 3) ' Ini kerana ada sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan, "Tidak, aku telah minum madu."

Menurut suatu pendapat, ayat ini diturunkan berkenaan dengan peristiwa Mariyah Al Qibtiyyah, lalu Rasulullah s.a.w. mengharamkannya bagi dirinya (iaitu tidak akan menggaulinya lagi). Maka turunlah firman Allah s.w.t., "Wahai Nabi! Kenapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu; kamu mencari keridhaan isteri-isterimu?" (At Tahrim: 1), hingga akhir ayat.

Anas menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai seorang hamba perempuan yang beliau gauli, lalu Aisyah dan Hafsah terus-menerus dengan gencarnya menghalang-halangi Nabi s.a.w. untuk tidak mendekatinya lagi hingga pada akhirnya Nabi s.a.w. mengharamkan hamba itu atas dirinya. Maka Allah s.w.t. menurunkan firmanNya, "Wahai Nabi! Kenapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu?" (At-Tahrim: 1), hingga akhir ayat.

Zaid ibnu Aslam menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggauli ibu Ibrahim di rumah salah seorang isteri Beliau s.a.w. Maka isteri Beliau s.a.w. berkata, "Hai Rasulullah, teganya engkau melakukan itu di rumahku dan di atas ranjangku." Maka Nabi s.a.w. mengharamkan ibu Ibrahim itu atas dirinya. Lalu isteri Beliau s.a.w. bertanya, "Hai Rasulullah, mengapa engkau haramkan atas dirimu hal yang halal bagimu?" Dan Nabi s.a.w. bersumpah kepada isterinya itu bahawa dia tidak akan menggauli hamba perempuannya itu lagi. Maka Allah menurunkan firmanNya, "Wahai Nabi! Kenapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu?" (At-Tahrim: 1)

Boleh juga ayat tersebut turun kerana dua sebab secara bersamaan, iaitu kerana sebab pengharaman Beliau terhadap madu dan kerana pengharaman Beliau terhadap hambanya. Kedua sebab tersebut adalah sahih terhadap turunnya ayat tersebut, dan penggabungan keduanya adalah boleh kerana terjadinya dua cerita; cerita tentang madu dan cerita tentang Mariyah.

Dan bahawa Al Qur’an turun kerana keduanya secara bersamaan, dan pada masing-masing dari keduanya (kedua asbaabun nuzul) disebutkan bahawa Beliau membicarakan secara rahsia suatu peristiwa kepada salah seorang isterinya.

Ayat ini merupakan kritik dari Allah s.w.t. kepada NabiNya Muhammad s.a.w. ketika Beliau mengharamkan hambanya ‘Mariyah’ atau mengharamkan meminum madu kerana ingin menyenangkan hati isteri-isterinya sebagaimana telah disebutkan dalam asbabun nuzul (sebab turunnya)nya, maka Allah s.w.t. menurunkan ayat ini.

"1. Wahai Nabi! Kenapa kamu haramkan apa yang Allah halalkan bagi kamu;" 

Wahai Nabi, iaitu wahai orang yang diberi nikmat oleh Allah dengan kenabian, wahyu dan risalah. Mengapa kamu mengharamkan apa yang dihalalkan Allah bagimu? Iaitu sesuatu yang baik-baik yang Allah kurniakan kepadamu dan kepada umatmu.

"kamu mencari keridhaan isteri-isterimu? Dan Allah Maha Pengampun Maha Penyayang." 

Kamu ingin menyenangkan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ayat ini merupakan penegasan bahawa Allah s.w.t. mengampuni RasulNya dan mengangkat celaan terhadapnya serta merahmatinya, dan pengharaman tersebut menjadi sebab pensyariatan hukum yang umum untuk manusia iaitu hukum yang diterangkan dalam ayat selanjutnya.

"2. Sungguh Allah mewajibkan bagi kalian pembebasan sumpah-sumpah kalian;" 

Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepada kalian membebaskan diri dari sumpah kalian. Apabila seseorang bersumpah mengharamkan yang halal maka wajib atasnya membebaskan diri dari sumpahnya itu dengan membayar kaffarat, seperti yang disebutkan dalam surah Al Maaidah, ayat 89.

"dan Allah pelindung kalian" 

Allah adalah Pelindung kalian, iaitu yang mengurus urusan kalian dan mengajarkan kalian dengan pengajaran yang sebaik-baiknya dalam urusan agama maupun dunia serta mengajarkan sesuatu yang dengannya seseorang dapat terhindar dari keburukan. Oleh kerana itulah, Dia mewajibkan membebaskan diri kalian dari sumpah agar lepas tanggung jawab kalian.

"dan Dia Maha Mengetahui Maha Bijaksana." 

Dia Maha Mengetahui lagi Mahabijaksana. IlmuNya meliputi zahir dan batin kalian dan Dia Mahabijaksana dalam ciptaanNya dan dalam keputusanNya, oleh kerana itulah Dia mensyariatkan beberapa hukum untuk kalian yang dari sana dapat diketahui bahawa hal itu sesuai dengan maslahat kalian dan keadaan kalian.

"3. Dan ketika merahsiakan Nabi kepada sebahagian isteri-isterinya pembicaraan," 

Ingatlah ketika secara rahsia Nabi membicarakan suatu peristiwa kepada salah seorang isterinya (Hafsah), iaitu pengharaman Mariyah, dan Beliau berkata kepada Hafsah, “Jangan memberitahukan kepada seorang pun.”

"maka tatkala dia memberitakan tentang peristiwa itu dan Allah menyatakannya kepadanya," 

Maka tatkala Hafsah menceritakan peristiwa itu kepada Aisyah kerana mengira bahawa hal itu tidak berdosa, dan Allah memberitahukan pembicaraan Hafsah dan Aisyah kepada Nabi.

"dia beritahukan sebahagiannya dan dia palingkan dari sebahagian." 

Lalu Nabi memberitahukan kepada Hafsah sebahagian dan menyembunyikan sebahagian yang lain kerana keramahan Beliau dan santunnya.

"Maka tatkala dia memberitahukannya tentang berita itu dia berkata, "Siapa yang memberitahumu ini?""

Maka ketika Nabi memberitahukan pembicaraan antara Hafsah dan Aisyah itu, Hafsah bertanya, "Siapa yang telah memberitahukan hal ini kepadamu?"

"Dia berkata, "Memberitakan padaku Maha Mengetahui Maha Teliti.""

Nabi menjawab, "Yang memberitahukan kepadaku adalah Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Teliti."

"4. Jika kalian bertaubat kepada Allah, maka sungguh condong hati kalian;" 

Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, maka sesungguhnya hati kamu berdua telah condong untuk menerima kebaikan.

Ayat ini tertuju kepada dua isteri Nabi s.a.w. yang mulia, iaitu Aisyah dan Hafsah r.a., dimana keduanya menjadi sebab Nabi s.a.w. mengharamkan untuk dirinya sesuatu yang Beliau sukai, lalu Allah s.w.t. menawarkan keduanya untuk bertaubat dan mencela atas sikap mereka berdua itu serta memberitahukan bahawa hati mereka berdua telah menyimpang dari sikap yang seharusnya dilakukan iaitu sikap wara’ dan beradab terhadap Rasulullah s.a.w., menghormatinya dan tidak menyusahkannya.

"dan jika kalian berdua bantu membantu atasnya, maka sungguh Allah Dia Pelindungnya dan Jibril dan orang yang baik orang-orang yang beriman; dan malaikat setelah itu penolong." 

Jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, maka sesungguhnya Allah menjadi Pelindungnya, begitu juga Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain itu malaikat-malaikat adalah penolongnya juga. Jika mereka itu yang menjadi penolongnya, maka jelaslah bahawa yang ditolong itulah yang menang.

Dalam ayat ini terdapat keutamaan dan kemulian Nabi Muhammad s.a.w. Juga terdapat peringatan terhadap dua isteri Nabi s.a.w. tersebut, dan pada ayat selanjutnya terdapat peringatan yang lebih besar lagi, iaitu talak (cerai).

Umar ibnul Khattab berkata, "Ketika Nabi s.a.w. menjauhi isteri-isterinya, aku pun masuk ke masjid ternyata orang-orang sedang melempari kerikil dan berkata, "Rasulullah s.a.w. telah mentalak isteri-isterinya." Hal itu terjadi ketika mereka belum diperintahkan berhijab. Umar berkata, "Saya akan beritahukan hal itu hari ini." Maka saya menemui Aisyah dan berkata, "Wahai puteri Abu Bakar, apakah engkau sampai menyakiti Rasulullah s.a.w.?" Aisyah menjawab, "Apa urusanmu terhadapku wahai Ibnul Khattab, urusilah aibmu sendiri." Umar berkata, "Maka saya menemui Hafsah binti Umar dan berkata kepadanya, "Wahai Hafsah! Apakah engkau sampai menyakiti Rasulullah s.a.w. Demi Allah, sesungguhnya saya tahu bahawa Rasulullah s.a.w. tidak menyukaimu. Kalau bukan kerana saya, tentu Rasulullah s.a.w. sudah mentalakmu." Hafsah pun menangis dengan tangisan yang begitu serius. Saya pun bertanya kepadanya, "Di mana Rasulullah s.a.w.?" Dia menjawab, "Dia sedang berada di dekat almarinya di kamar." Saya pun masuk, ternyata saya menemui Ribah pelayan Rasulullah s.a.w. sedang duduk di palang (kayu bawah) pintu kamar sambil memanjangkan kakinya di atas kayu berlubang, iaitu batang pohon kurma yang dipakai tangga oleh Rasulullah s.a.w. untuk naik dan turun. Ribah melihat ke kamar, lalu melihatku dan tidak berkata apa-apa, kemudian saya keraskan suara sambil berkata, "Wahai Ribah, izinkan saya di bersamamu untuk menghadap Rasulullah s.a.w., kerana saya mengira bahawa Rasulullah s.a.w. mengira bahawa saya datang kerana Hafshah. Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w. memerintahkan aku memenggal lehernya, tentu saya penggal lehernya." Saya keraskan suara saya. Ia pun berisyarat kepadaku agar masuk kepadanya, maka saya masuk menemui Rasulullah s.a.w., ternyata Beliau sedang berbaring di atas tikar, saya pun duduk, lalu Beliau mendekatkan kainnya dan Beliau tidak mengenakan apa-apa selain itu. Ketika itu, tikarnya membekas pada rusuk Beliau. Saya melihat dengan mata saya lemari Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, ternyata di sana terdapat segenggam gandum seukuran satu shaa' (4 mud/kaupan), demikian juga daun salam di pojok kamar serta ada kulit yang digantungkan. Saya pun meneteskan air mata, lalu Beliau bertanya, "Apa yang membuatmu menangis, wahai Ibnul Khattab?" Aku menjawab, "Wahai Nabi Allah, mengapa saya tidak menangis, sedangkan tikar ini membekas pada rusukmu. Sedangkan lemarimu tidak menyimpan apa-apa selain yang saya lihat. Berbeda dengan Kaisar dan Kisra yang memperoleh banyak buah dan berada di dekat sungai yang mengalir. Sedangkan engkau utusan Allah dan pilihan-Nya dengan keadaan lemari seperti ini." Beliau bersabda, "Wahai Ibnul Khattab, tidakkah kamu ridha, untuk kita akhirat dan untuk mereka dunia?" Saya menjawab, "Ya." Ketika saya masuk menemuinya, saya melihat tampak marah di mukanya, maka saya berkata, "Wahai Rasulullah, para isteri tidak akan menyusahkan dirimu. Jika engkau mentalak mereka, maka sesungguhnya Allah bersamamu, demikian pula, malaikat-Nya, Jibril, Mikail, saya, Abu Bakar, dan kaum mukmin bersamamu. " Saya tidaklah berbicara –wal hamdulillah- kecuali saya berharap agar dibenarkan oleh Allah.

Ketika itu turunlah ayat takhyir (pemberian pilihan), "Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah, Maka Sesungguhnya hati kamu berdua telah condong (untuk menerima kebaikan); dan jika kamu berdua bantu-membantu menyusahkan Nabi, Maka Sesungguhnya Allah adalah Pelindungnya dan (begitu pula) Jibril dan orang-orang mukmin yang baik; dan selain dari itu malaikat-malaikat adalah penolongnya pula. ---Jika Nabi menceraikan kamu, boleh Jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri yang lebih baik daripada kamu, yang patuh,...dst."(Terj. At Tahrim: 4-5)

Ketika itu Aisyah binti Abu Bakar dan Hafsah saling bantu-membantu menyusahkan Nabi s.a.w. terhadap isteri-isteri yang lain. Saya pun berkata, "Wahai Rasulullah, apakah engkau mentalak mereka?" Beliau menjawab, "Tidak." Saya berkata, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya masuk ke masjid sedangkan kaum muslim sedang melempari kerikil sambil berkata, "Rasulullah s.a.w. mentalak isteri-isterinya." Bolehkah saya turun agar saya memberitahukan mereka bahawa Engkau tidak mentalak mereka?" Beliau menjawab, "Ya, jika engkau mahu." Saya senantiasa berbicara dengan Beliau sampai hilang marah dari mukanya dan sampai Beliau memperlihatkan giginya dan tersenyum, dan Beliau adalah orang yang paling bagus giginya. Nabi Allah pun turun dan aku turun bersandar dengan batang tersebut. Rasulullah s.a.w. turun tampak seperti berjalan di tanah, di mana Beliau tidak menyentuhnya (batang tersebut) dengan tangannya, lalu saya berkata, "Wahai Rasulullah, Engkau berada di kamar hanya 29 hari?" Beliau bersabda, "Sesungguhnya sebulan itu 29 hari." Saya pun berdiri di pintu masjid dan menyeru dengan suara keras, "Rasulullah s.a.w. tidak mentalak isteri-isterinya." Ketika itu turunlah ayat, "Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil Amri)…dst." Sayalah yang mengetahui perkara itu, dan Allah menurunkan ayat takhyir (pilihan).

"5. Boleh jadi Tuhannya, jika dia menceraikan kalian bahawa Dia akan menggantikannya isteri-isteri lebih baik dari kalian, yang patuh," 

Jika Nabi menceraikan kalian, boleh Jadi Tuhannya akan memberi ganti kepadanya dengan isteri-isteri yang lebih baik dari kalian, perempuan-perempuan yang patuh, iaitu melaksanakan syariat Islam yang tampak.

"yang beriman, yang taat, yang bertaubat" 

Yang beriman, iaitu yang melaksanakan syariat Islam yang tidak tampak (batin) berupa ‘aqidah (keyakinan) dan amalan hati. Yang taat, iaitu yang selalu taat. Yang bertaubat dari apa yang dibenci Allah s.w.t. Allah menyifati mereka dengan mengerjakan apa yang dicintai Allah dan bertaubat dari apa yang dibenciNya.

"yang beribadah, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan." 

Yang mengerjakan ibadat, yang berpuasa, yang janda dan yang perawan. Penganekaragaman ini lebih menambah dorongan selera dan lebih menyenangkan hati Beliau.

Ketika isteri-isteri Nabi s.a.w. mendengar peringatan ini, maka segeralah mereka mencari keridhaan Rasulullah s.a.w. dan sifat mulia pun menjadi melekat pada diri mereka sehingga mereka menjadi wanita mukminah paling utama.

Dalam ayat ini terdapat dalil bahawa Allah s.w.t. tidaklah memilih untuk RasulNya s.a.w. kecuali wanita yang keadaannya yang paling utama dan bahawa isteri-isteri Beliau adalah wanita paling baik dan paling utama.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...