Sabtu, 23 April 2016

18:75-77 Tafsir Surah Al Kahfi, ayat 75-77.

قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكَ إِنَّكَ لَنْ تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا (٧٥) قَالَ إِنْ سَأَلْتُكَ عَنْ شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِنْ لَدُنِّي عُذْرًا (٧٦) فَانْطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنْقَضَّ فَأَقَامَهُ قَالَ لَوْ شِئْتَ لاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا (٧٧)

Allah s.w.t. berfirman,

"75. Berkata, "Bukankah aku katakan kepadamu, sungguh kamu tidak akan kamu sanggup bersamaku sabar?""

Jawaban Khidir a.s. ini merupakan pengukuhan terhadap syarat pertama yang telah diajukan. Kerana itulah Musa a.s. berkata,

"76. Berkata, "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu setelahnya,"" 

Iaitu sesudah kali ini jika aku menanyakan sesuatu lagi kepadamu.

"maka janganlah kamu menemaniku lagi, sungguh kamu telah sampai dari sisiku alasan.""

Jangan lagi engkau memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya engkau sudah cukup menerima alasan dariku. Iaitu engkau telah bersabar, memberiku uzur dan tidak mengurangi.

Nabi s.a.w. apabila menyebut seseorang, lalu Beliau berdoa untuknya, maka doanya itu dimulainya untuk dirinya sendiri. Dan pada suatu hari Nabi s.a.w. bersabda, "Semoga rahmat Allah terlimpahkan untuk kita dan untuk Musa; seandainya dia tetap bersama temannya itu, tentulah dia akan banyak menyaksikan hal-hal yang menakjubkan. Akan tetapi, sangat disayangkan Musa mengatakan, "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu sesudah ini, maka janganlah kamu memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan uzur kepadaku.”

"77. Maka keduanya berjalan; sehingga apabila keduanya datang penduduk negeri," 

Sesudah kedua peristiwa itu, mereka melanjutkan perjalanannya. Ada yang mengatakan, bahawa negeri itu adalah negeri Anthakiyah atau kota Al Ailah.

"keduanya minta makan penduduknya, maka mereka menolak untuk menjamu keduanya," 

Penduduk negeri itu orangnya kikir-kikir, padahal menjamu tetamu wajib bagi mereka.

"lalu keduanya mendapatkan di dalamnya dinding yang hendak bahawa roboh, lalu dia menegakkannya." 

Khidir a.s. menegakkan dinding itu dengan kedua tangannya, dengan mendorongnya hingga tidak miring lagi; hal ini merupakan peristiwa yang menakjubkan.

"Berkata, "Jika kamu menghendaki, sungguh kamu mengambil atasnya upah." 

Oleh kerana mereka tidak menjamu kita, padahal kita perlu makan, maka selayaknyalah kamu tidak bekerja untuk mereka secara percuma tanpa imbalan.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...