Isnin, 23 Mei 2016

12:53 Tafsir Surah Yusuf, ayat 53.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي إِنَّ النَّفْسَ لأمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلا مَا رَحِمَ رَبِّي إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَحِيمٌ (٥٣)

Isteri Al Aziz (Qitfir), iaitu Ra'il (Zulaikha) mengatakan,

"53. Dan tidaklah aku membebaskan diriku." 

Dari kesalahan, yakni dari merayu dan bermaksud buruk.

"Sesungguhnya nafsu itu, sungguh selalu menyuruh kepada kejahatan," 

Hawa nafsu selalu membisikkan godaan dan angan-angan. Ia biasanya memerintahkan kepada keburukan, sehingga dijadikan kenderaan oleh syaitan untuk menguasai diri manusia. Kerana itulah dia menggoda Yusuf a.s.

"kecuali apa yang diberi rahmat Tuhanku." 

Kecuali orang yang dipelihara oleh Allah s.w.t. dari kesalahan, sehingga terjaga, nafsunya tenteram ketika mendekat dengan Tuhannya, tunduk kepada seruan hidayah, menjauhi seruan kesesatan, dan yang demikian bukanlah kerana kehebatan nafsu itu, akan tetapi kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada hambaNya.

"Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun Maha Penyayang." 

Allah Maha Pengampun kepada mereka yang berbuat dosa dan maksiat apabila mereka bertaubat dan kembali kepadaNya. Dia Maha Penyayang dengan menerima taubatnya dan memberinya taufiq untuk beramal soleh.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...