Ahad, 1 Mei 2016

41:47-48 Tafsir Surah Fussilat, ayat 47-48

إِلَيْهِ يُرَدُّ عِلْمُ السَّاعَةِ وَمَا تَخْرُجُ مِنْ ثَمَرَاتٍ مِنْ أَكْمَامِهَا وَمَا تَحْمِلُ مِنْ أُنْثَى وَلا تَضَعُ إِلا بِعِلْمِهِ وَيَوْمَ يُنَادِيهِمْ أَيْنَ شُرَكَائِي قَالُوا آذَنَّاكَ مَا مِنَّا مِنْ شَهِيدٍ (٤٧) وَضَلَّ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَدْعُونَ مِنْ قَبْلُ وَظَنُّوا مَا لَهُمْ مِنْ مَحِيصٍ (٤٨)

Luasnya pengetahuan Allah dan sendirinya Dia dengan ilmu yang hanya diketahuiNya.

"47. KepadaNya dikembalikan ilmu hari Kiamat." 

Hanya Allah yang mengetahui bila datangnya hari kiamat itu. Bahkan malaikat yang utama dan rasul yang utama juga tidak mengetahuinya.

Malaikat Jibril bertanya kepadanya Nabi Muhammad s.a.w. bilakah hari kiamat itu terjadi. Beliau s.a.w. menjawab, "Tidaklah orang yang ditanya lebih mengetahui." Maksudnya, mereka sama-sama tidak mengetahui.

"Dan tidak yang keluar dari buah-buahan dari kelopaknya dan tidak mengandung dari seorang perempuan dan tidak melahirkan, kecuali dengan pengetahuanNya." 

Dia mengetahuinya secara tafsil (rinci). Semuanya terjadi dengan sepengetahuanNya, tiada suatu sel pun yang ada di langit dan tidak pula yang ada di bumi terhalang dari pengetahuanNya. Oleh kerana itu, mengapa orang-orang musyrik menyamakan dengan Allah s.w.t. sesuatu yang tidak mengetahui apa-apa, tidak mendengar dan tidak melihat, iaitu patung dan berhala.

"Dan pada hari Dia memanggil mereka," 

Untuk mencela dan menampakkan kedustaan orang-orang musyrik.

"Di mana sekutu-sekutuKu?" 

Iaitu berhala-berhala yang mereka anggap sebagai sekutu Allah. Mereka menyembahnya dan sampai berani memerangi para rasul demi membelanya.

"Mereka berkata, "Kami nyatakan kepada Engkau tidak ada kami dari seorang saksi.""

Mereka akan mengakui kebatilan sesembahan mereka dan mengakui perbuatan syirk mereka. Tiada seorang pun dari mereka yang memberikan kesaksian bahawa Allah s.w.t. mempunyai sekutu.

"48. Dan sesatlah dari mereka apa yang mereka seru sebelumnya," 

Lenyaplah dari mereka apa yang dahulu selalu mereka sembah. Semua sekutu yang mereka ada-adakan semasa di dunia itu lenyap semuanya, tidak dapat menolong mereka. Lenyaplah akidah dan amal mereka yang mereka kerjakan selama di dunia untuk beribadah kepada selain Allah. 

Mereka mengira bahawa berhala-berhala itu memberikan manfaat kepada mereka dan menghindarkan azab, ternyata pegangan mereka salah dan ternyata sekutu-sekutu mereka itu tidak berguna apa-apa bagi mereka.

"dan mereka menyangka tidak ada bagi mereka dari tempat lari." 

Mereka akan sedar dan yakin bahawa mereka pasti akan jatuh ke dalam neraka, tiada jalan selamat bagi mereka dari azab Allah s.w.t. Inilah akibat bagi orang yang berbuat syirik. Allah s.w.t. menerangkannya kepada hamba-hambaNya agar menjauhi syirik.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...