Jumaat, 20 Mei 2016

8:41 Tafsir Surah Al Anfal, ayat 41.

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِنْ كُنْتُمْ آمَنْتُمْ بِاللَّهِ وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (٤١) 

Allah s.w.t. telah menghalalkan ghanimah untuk umat ini.

"41. Dan ketahuilah, sesungguhnya apa yang kalian peroleh" 

Baik sedikit ataupun banyak, jangan sampai terlepas barang sekecil apa pun, seperti jarum dan benangnya.

"sebagai rampasan perang dari sesuatu," 

Ghanimah (rampasan perang) adalah harta yang diperoleh dari orang-orang kafir melalui pertempuran, sedangkan yang diperoleh tanpa melalui pertempuran dinamakan fa'i.misalnya sejumlah harta yang telah disepakati oleh mereka untuk diserahkan kepada kaum muslim berdasarkan perjanjian; atau mereka mati, sedangkan ahli warisnya tidak ada; dan jizyah serta kharraj, dan lain-lainnya. Ayat ini menerangkan ghanimah saja. Adapun fa'i diterangkan dalam surat Al Hasyr ayat 7.

"maka sungguh bagi Allah seperlimanya, dan untuk Rasul," 

Bahagian untuk Allah dan RasulNya disalurkan untuk maslahat (kepentingan) kaum muslimin secara umum, kerana Allah dan RasulNya tidak memerlukan, dan tidak disebutkan ke mana disalurkan sehingga penyalurannya untuk maslahat umum.

"dan untuk kerabat," 

Dari kalangan Bani Hasyim dan Bani Muththalib baik yang kaya maupun yang miskin, lelaki maupun perempuan.

"dan anak-anak yatim," 

Maksudnya anak-anak yatim kaum muslim iaitu anak kecil yang ditinggal mati oleh bapanya.

"dan orang-orang miskin," 

Yakni orang yang berhajat (memerlukan) atau kekurangan.

"dan ibnussabil," 

Iaitu musafir atau orang yang hendak melakukan perjalanan sejauh perjalanan qasar, yang terhenti di perjalanan kerana kehabisan bekal atau tidak mempunyai biaya untuk perjalanannya itu.

Seperlima dari ghanimah itu dibahagikan kepada Allah dan RasulNya, kerabat Rasul, anak yatim, fakir miskin dan Ibnussabil. Sedangkan empat perlima dari ghanimah itu dibahagikan kepada yang ikut berperang, untuk yang berjalan kaki memperoleh satu bahagian, sedangkan penunggang kuda memperoleh dua bahagian; bahagian untuknya dan untuk kudanya.

Sebahagian mufassir berpendapat, bahawa seperlima dari ghanimah tidak boleh keluar dari 5 golongan itu, dan tidak mesti mereka dibahagi secara sama, bahkan disesuaikan dengan maslahat.

"jika kalian beriman kepada Allah" 

Allah menjadikan pembahagian ganimah sesuai dengan aturannya sebagai syarat keimanan. Menunaikan seperlima dari ghanimah termasuk salah satu dari bahagian keimanan.

"dan apa yang Kami turunkan atas hamba Kami" 

Kerjakanlah apa yang telah Kami syariatkan kepada kalian dalam masalah khumus ghanimah (membahagi lima bahagian harta rampasan perang), jika kalian benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian, Al Qur'an, malaikat dan pertolongan yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

"pada hari Furqan, iaitu pada hari bertemu dua pasukan." 

Yakni di hari pembahagian ganimah. Hari Al Furqan adalah hari Allah s.w.t. memisahkan antara yang hak dan yang batil. Pada hari itu Allah s.w.t. menampakkan dan memenangkan kalimat iman atau kebenaran dan mengalahkan kalimat kebatilan. Dia memenangkan agamaNya dan menolong Nabi serta para penyokongnya, iaitu hari bertemunya dua pasukan di Perang Badar, permulaan peperangan yang dialami oleh Rasulullah s.a.w., pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijriah.

Sahabat Rasulullah s.a.w. saat itu berjumlah tiga ratus lebih beberapa belas orang, sedangkan jumlah pasukan kaum musyrik antara sembilan ratus sampai seribu orang. Maka Allah memukul mundur pasukan kaum musyrik, yang dipimpin oleh Atabah ibnu Rabi'ah, sehingga tujuh puluh orang lebih dari kalangan mereka terbunuh, dan yang tertawan berjumlah sama dengan yang terbunuh.

"Dan Allah atas segala sesuatu Maha Kuasa."

Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...