Rabu, 22 Jun 2016

33:32 Tafsir Surah Al Ahzab, ayat 32.

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا (٣٢)

Allah s.w.t. berfirman menganjurkan etika-etika kepada isteri-isteri Nabi s.a.w., sedangkan kaum wanita umatnya mengikut mereka dalam hal ini.

"32. Wahai isteri-isteri Nabi! Kalian tidak seperti seorang dari wanita-wanita, jika kalian taat," 

Kalian tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kalian bertakwa. Kalian mengungguli kaum wanita. Tiada seorang wanita pun yang setara dengan kalian dan dapat menandingi keutamaan dan kedudukan mereka jika kalian bertakwa kepada Allah s.w.t. sesuai dengan apa yang telah diperintahkan olehNya.

Maka mereka menyempurnakan takwa dengan mengerjakan semua sarana kepada takwa dan maksudnya, serta memutuskan jalan-jalan yang dapat mengarah kepada yang haram.

"maka janganlah kalian tunduk suara dalam perkataan," 

Maka janganlah kalian tunduk dalam berbicara. Iaitu janganlah bertutur kata dengan nada lemah lembut jika berbicara dengan lelaki atau ketika mereka mendengarkan suaramu. Ucapan lembut dilarang kerana ia terdapat ketundukan wanita kepada lelaki dan jatuh di hadapan mereka. Ucapan lembut yang disertai ketundukan itulah yang membuat lelaki tergoda.

"maka berkeinginan orang yang dalam hatinya terdapat penyakit," 

Sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya. Mereka mempunyai rasa khianat dalam hatinya dan berniat berbuat serong dengan wanita, seperti melakukan zina. Hati mereka sangat mudah sekali tergerak apabila melihat atau mendengar sesuatu yang membangkitkan syahwat. 

Mereka tidak mampu menahan diri dan bersabar sehingga sebab kecil yang mengarah kepada yang haram pun mereka akan mudah mengikutinya dan tidak mahu menolaknya. Maka itu adalah penyakit.

Ayat ini memerintahkan agar menjaga kemaluan dan sebagai pujian terhadap lelaki dan perempuan yang menjaganya serta larangan mendekati zina.

Hendaknya kita berusaha memperkecil penyakit ini dan memutuskan fikiran-fikiran buruk yang melintas di hati serta berusaha menyelamatkan diri dari penyakit berbahaya ini, serta meminta perlindungan dan taufik kepada Allah s.w.t. dan bahawa yang demikian termasuk perintah menjaga farji.

Melembutkan suara pada asalnya adalah mubah, akan tetapi kerana hal itu menjadi pembawa kepada yang haram, maka ia diharamkan. Oleh kerana itu, selayaknya bagi kaum wanita tidak melunakkan suaranya ketika berbicara dengan lelaki.

"dan berkatalah perkataan yang baik." 

Allah s.w.t. tidak memerintahkan agar mengeraskan atau meninggikan suara tetapi ucapkanlah perkataan yang baik, tidak kasar, sesuai, lagi tegas. Namun tidak pula terlalu lembut seperti dia berbicara dengan suaminya.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...