وَآتِ ذَا الْقُرْبَى حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (٢٦)إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (٢٧) وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ابْتِغَاءَ رَحْمَةٍ مِنْ رَبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُلْ لَهُمْ قَوْلا مَيْسُورًا (٢٨) وَلا تَجْعَلْ يَدَكَ مَغْلُولَةً إِلَى عُنُقِكَ وَلا تَبْسُطْهَا كُلَّ الْبَسْطِ فَتَقْعُدَ مَلُومًا مَحْسُورًا (٢٩) إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا (٣٠)
Allah s.w.t. berfirman,
"26. Dan berikanlah yang mempunyai kekerabatan haknya,"
Iaitu berbuat baiklah dan nafkahkanlah, bersilaturahimlah dan muliakanlah saudara mara. Haknya berbeda-beda menurut keadaan, kedekatan, keperluan dan waktu.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya Allah telah berfirman kepadaku, "Berinfaklah kamu! Maka Aku akan menggantikannya kepadamu.”"
Di dalam sebuah hadis disebutkan, "Barang siapa yang menyukai diluaskan rezekinya dan dipanjangkan usianya, hendaklah ia bersilaturahim."
"dan orang-orang miskin,"
Kemudian nafkahkanlah atau zakat dan sedekah kepada orang-orang miskin untuk mengurangkan kemiskinannya.
"dan ibnussabil;"
Kemudian nafkahkanlah atau bantuan kepada orang yang dalam perjalanan yang kehabisan bekal.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Berinfaklah dengan cara ini dan ini dan ini, dan janganlah kamu mengingat-ingatnya (menghitung-hitungnya), kerana Allah akan membalas menghitung-hitungnya juga."
"dan janganlah kamu memboroskan yang boros."
Janganlah kamu menghambur-hamburkan secara boros. Tabzir adalah boros, iaitu membelanjakan harta ke jalan maksiat, batil, kerosakan dan selain ketaatan kepada Allah.
"27. Sesungguhnya orang-orang yang boros, mereka saudara-saudara syaitan."
Iaitu saudara syaitan dalam pemborosan, melakukan tindakan bodoh, dan tidak giat kepada Allah serta berbuat maksiat kepadaNya. Tindakan mereka serupa dengan tindakan syaitan.
Mereka berada di atas jalan syaitan kerana syaitan hanya mengajak kepada perbuatan tercela. Ia mengajak manusia untuk bersikap bakhil, kikir atau kedekut. Ketika manusia menolaknya, maka syaitan mengajaknya untuk melakukan pemborosan.
Namun, seseorang yang membelanjakan semua hartanya dalam kebenaran, dia bukanlah termasuk orang yang boros. Dan seandainya seseorang membelanjakan harta walaupun sedikit bukan pada jalan yang benar, dia termasuk seorang pemboros.
"dan ia syaitan kepada Tuhannya sangat ingkar."
Syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. Ia kufur dan ingkar kepada nikmat yang telah diberikan Allah kepadanya dan tidak mahu mengerjakan amal ketaatan kepadaNya, bahkan membalasnya dengan perbuatan derhaka dan melanggar perintahNya. Begitu juga saudaranya iaitu orang yang pemboros.
"28. Dan jika kamu berpaling dari mereka mencari rahmat dari Tuhan kamu, kamu mengharapkannya,"
Iaitu apabila saudara maramu, orang miskin dan orang-orang yang dalam perjalanan meminta kepadamu. Kamu benar-benar ingin memberikan atau membantu mereka. Sedangkan kamu di waktu itu tidak mempunyai sesuatu pun untuk diberikan kepada mereka. Kamu juga berusaha dan berharap dimudahkan oleh Allah rezekimu untuk membantu dan memberikan kepada mereka hak-hak mereka. Lalu kamu terpaksa berpaling dari mereka.
Perintah memberi kepada saudara mara adalah jika mampu dan kaya. Jika tidak mampu atau tidak dapat memberi pada saat itu,
"maka katakanlah kepada mereka perkataan yang lemah lembut."
Qaulan maisuran bermaksud perkataan yang menyenangkan hati, mengandung janji dan harapan. Beralasanlah kepada mereka ucapan yang baik, lemah lembut, ramah dan sopan agar mereka tidak kecewa kerana tidak mendapat bantuan dari kamu. Contohnya menyatakan harapan akan menghubungi dan dapat memberikan bantuan kepada mereka apabila mendapat rezeki dari Allah nanti.
Berniat untuk berbuat baik adalah suatu kebaikan dan termasuk dalam ibadah. Seorang hamba sepatutnya berniat baik untuk perkara yang belum dapat dilakukan dan melakukan kebaikan yang termampu, agar mendapat pahala terhadapnya. Boleh jadi Allah memudahkannya kerana harapan yang ada dalam dirinya.
Allah s.w.t. memerintahkan hamba-hambaNya agar bersikap ekonomis dalam kehidupan, iaitu adil dan pertengahan lagi terpuji.
"29. Dan janganlah kamu jadikan tangan kamu terbelenggu kepada leher kamu"
Ini merupakan kinayah (kiasan) sikap menahan tangannya dari berinfak (terlalu kedekut). Janganlah kamu menjadi orang bakhil, selalu menolak orang yang meminta serta jarang atau tidak pernah sekalipun memberikan sesuatu kepada orang yang sepatutnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiada suatu hari pun yang padanya hamba-hamba Allah berpagi hari melainkan terdapat dua malaikat yang turun dari langit. Salah seorang yang mengatakan, "Ya Allah, berikanlah ganti kepada orang yang berinfak.” Sedangkan malaikat yang lainnya mengatakan, "Ya Allah, berikanlah kehancuran bagi orang yang kikir.”
Sesungguhnya telah binasalah orang-orang terdahulu kerana mereka menganjurkan kepada kekikiran, lalu mereka menjadi kikir.
Tiada harta benda yang berkurang kerana bersedekah, dan tidak sekali-kali Allah menambahkan kepada orang yang berinfak melainkan kemuliaannya. Barang siapa yang berendah diri kerana Allah, Dia pasti mengangkatnya (meninggikannya).
"dan janganlah kamu menghulurkannya segala huluran,"
Janganlah pula kamu terlalu pemurah, berlebih-lebihan, memberi di luar kemampuanmu, membiaya lebih dari pendapatanmu, mengeluarkan harta untuk hal yang tidak patut atau melebihi dari yang patut sampai memudaratkan kamu. Bantuan yang diberikan melebihi keperluannya adalah tabzir (pemborosan).
"maka kamu akan berkedudukan tercela"
Jika kamu terlalu kedekut untuk berinfak, maka kamu akan menjadi orang yang tercela, tercaci serta terpulau.
"menyesal."
Jika kamu terlalu pemurah dan memberi di luar kemampuan, maka kamu akan menyesal kerana di tanganmu tidak ada sesuatu pun untuk kamu belanjakan. Usahamu akan terhenti kerana lemah dan tidak mampu.
"30. Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa yang Dia kehendaki dan Dia menyempitkan;"
Allah s.w.t. mengatur rezeki makhlukNya menurut apa yang dikehendakiNya. Dia memiliki hikmah dalam pembahagian rezekiNya. Untuk itu Dia menjadikan kaya orang yang Dia kehendaki, dan menjadikan miskin orang yang Dia kehendaki.
Terdapat orang yang hanya patut miskin kerana kekayaan akan merosakkan agamanya. Terdapat juga orang yang hanya patut kaya kerana kemiskinan akan merosakkan agamanya. Adakalanya kekayaan itu merupakan suatu istidraj (pembinasaan secara beransur-ansur). Dan adakalanya kemiskinan itu merupakan suatu hukuman dari Allah.
"sungguh Dia, Dia adalah terhadap hambaNya Maha Mengetahui Maha Melihat."
Dia Maha Mengetahui lagi Maha Melihat batin dan zahir hamba-hambaNya, siapa yang berhak menjadi kaya atau miskin. Dia akan membalas menurut kesesuaian dan mengatur dengan kelembutan dan kemurahanNya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan