Sabtu, 17 Disember 2016

39:64-67 Tafsir Surah Az Zumar, ayat 64-67.

قُلْ أَفَغَيْرَ اللَّهِ تَأْمُرُونِّي أَعْبُدُ أَيُّهَا الْجَاهِلُونَ (٦٤) وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ (٦٥) بَلِ اللَّهَ فَاعْبُدْ وَكُنْ مِنَ الشَّاكِرِينَ (٦٦) وَمَا قَدَرُوا اللَّهَ حَقَّ قَدْرِهِ وَالأرْضُ جَمِيعًا قَبْضَتُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ (٦٧)

Orang-orang musyrik yang kerana kebodohannya menyeru Rasulullah s.a.w. untuk menyembah tuhan-tuhan mereka. Mereka akan menyembah Tuhannya jika Beliau s.a.w. mahu menyembah tuhan-tuhan mereka.

Maka Allah s.w.t. menurunkan firmanNya kepada Nabi Muhammad s.a.w.,

"64. Katakanlah, "Maka apakah selain Allah kalian menyuruhku aku menyembah, wahai orang-orang yang jahil?""

Mereka dipanggil sebagai orang-orang yang jahil, kerana seruan mereka untuk menyembah selain Allah tidaklah muncul kecuali dari kebodohan mereka. Tentu mereka tidak akan memerintahkan demikian jika mereka mengetahui bahawa Allah s.w.t. Yang Mahasempurna dari berbagai sisi, yang menganugerahkan semua nikmat adalah yang berhak diibadahi. Bukan selainNya yang memiliki kekurangan dari berbagai sisi, yang tidak mampu memberi manfaat dan tidak mampu menimpakan madharrat (bahaya). 

"65. Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada orang-orang sebelum kamu, "Sungguh, jika kamu menyekutukan, nescaya akan guugrlah amalmu dan sungguh kamu menjadi termasuk orang-orang yang rugi.""

Telah diwahyukan kepada semua nabi bahawa perbuatan syirik menghapuskan semua amal, merosakkan keadaan dan mewajibkan pelakunya mendapatkan siksa. Rugilah kalian dalam agama, dunia dan akhirat. Orang yang paling rugi adalah orang yang sudah banyak beramal namun tidak diberi ganjaran, bahkan mendapatkan siksa.

"66. Akan tetapi, Allah hendaklah disembah" 

Ikhlaskanlah dan murnikanlah ibadah hanya kepada Allah semata, tiada sekutu bagiNya.

"dan jadilah termasuk orang-orang yang bersyukur." 

Bersyukurlah kepada Allah atas nikmat-nikmatNya di dunia seperti kesihatan, rezeki dan sebagainya. Bersyukurlah atas nikmat-nikmatNya berkaitan agama seperti taufiq untuk berbuat ikhlas dan bertakwa, bahkan nikmat agama adalah nikmat yang sebenarnya. 

Dengan memikirkan bahawa nikmat itu berasal dari Allah dan bersyukur atasnya terdapat ubat penyakit ujub yang sering menimpa orang-orang yang beramal kerana kebodohan mereka.

Pernah datang seorang pendeta Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata, “Wahai Abul Qasim, aku sampaikan kepadamu bahawa Allah akan mengangkat semua makhluk di atas satu jari, langit di atas satu jari, bumi di atas satu jari, pepohonan di atas satu jari, dan air serta manusia di atas suatu jari." Lalu Allah berfirman, "Aku adalah raja."" Maka Rasulullah s.a.w. tersenyum sehingga gigi seri atau gigi gerahamnya kelihatan kerana membenarkan ucapan pendeta Yahudi itu.

Maka Allah s.w.t. menurunkan firmanNya, atau maka Rasulullah s.a.w. membacakan firmanNya,

"67. Dan tidaklah mereka mengagungkan Allah sebenar-benarnya pengagunganNya," 

Mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya adalah beriman bahawa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu. Kaum musyrik dan orang-orang kafir tidak beriman kepada hal tersebut. Mereka tidak menghargai Allah dengan penghargaan yang sebenarnya. Mereka tidak beriman kepada kekuasaan Allah atas diri mereka. 

Bahkan mereka mendustakanNya dan melakukan hal yang sebaliknya. Mereka menyekutukanNya dengan menyembah sesuatu yang memiliki kekurangan baik pada sifat maupun perbuatannya. Mereka menyembah sesuatu yang tidak mampu memberi manfaat, menimpakan bahaya, memberi, menghalangi dan sebagainya, seperti patung dan berhala. 

Mereka menyamakan makhluk yang memiliki kekurangan itu dengan Khaliq (Pencipta) yang memiliki kesempurnaan dan keagungan. 

"padahal bumi semuanya genggamanNya pada hari Kiamat dan langit di gunung dengan tangan kananNya." 

Tangan kananNya bermaksud kekuasaanNya. Allah Mahabesar, tiada yang lebih besar daripadaNya, lagi Mahakuasa atas segala sesuatu, Yang memiliki (menguasai) segala sesuatu, dan segala sesuatu itu berada di bawah takdir dan kekuasaanNya.

Di antara keagunganNya adalah bahawa pada hari Kiamat Allah s.w.t. akan menggenggam bumi dengan satu jari tanganNya, dan menggulung langit dengan tangan kananNya. Kemudian Dia memuji diriNya sendiri, "Akulah Tuhan Yang Mahaperkasa, Akulah Tuhan Yang Mahabesar, Akulah Tuhan Yang Mahamulia. Akulah Raja. Tiada yang memiliki kerajaan selain Aku. Di manakah sekarang raja-raja bumi?”

Allah s.w.t. sengaja menyembunyikan diriNya, syurgaNya dan nerakaNya agar Dia dapat mengetahui (menyatakan) apakah yang akan dilakukan oleh hamba-hambaNya.

"Mahasuci Dia dan Mahatinggi dari apa yang mereka sekutukan." 

Allah Mahasuci dan Mahatinggi daripada sesembahan yang mereka anggap sebagai tuhan itu.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...