Ahad, 5 Januari 2020

29:24-27 Tafsir Surah Al Ankabut, ayat 24-27.

فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلا أَنْ قَالُوا اقْتُلُوهُ أَوْ حَرِّقُوهُ فَأَنْجَاهُ اللَّهُ مِنَ النَّارِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ (٢٤) وَقَالَ إِنَّمَا اتَّخَذْتُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَوْثَانًا مَوَدَّةَ بَيْنِكُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا ثُمَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُ بَعْضُكُمْ بِبَعْضٍ وَيَلْعَنُ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ نَاصِرِينَ (٢٥) فَآمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢٦) وَوَهَبْنَا لَهُ إِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَجَعَلْنَا فِي ذُرِّيَّتِهِ النُّبُوَّةَ وَالْكِتَابَ وَآتَيْنَاهُ أَجْرَهُ فِي الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ (٢٧) 

Allah s.w.t. berfirman menceritakan perihal kaum Ibrahim a.s. dalam kekafiran, keingkaran dan keangkuhan mereka, serta penolakan mereka terhadap perkara hak dengan kebatilan.

"24. Maka tidak ada jawaban kaumnya kecuali bahawa mereka berkata, "Bunuhlah dia atau bakarlah dia,"

Tiadalah sesudah perkataan Ibrahim a.s. yang mengandung petunjuk dan penjelasan itu, melainkan kaumnya mengatakan,

"Bunuhlah atau bakarlah dia!" 

Demikian itu kerana bukti telah mengalahkan mereka dan alasan Ibrahim a.s. benar-benar mematahkan alasan mereka, maka mereka gunakan kekuasaan dan kekuatan kerajaan mereka sebagai jawabannya.

Mereka berkata, "Dirikanlah suatu bangunan untuk membakar Ibrahim, lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala itu.” Mereka menghimpun semua kayu bakar dalam waktu yang cukup lama sehingga terkumpul kayu bakar yang sangat banyak.

Lalu mereka pagari kumpulan kayu bakar tersebut. Setelah itu dibakar sehingga nyala apinya menjulang tinggi ke langit, belum pernah ada api sebesar itu. Kemudian mereka menangkap Ibrahim a.s. dan mengusungnya, lalu meletakkannya di atas pelontar batu besar. Ibrahim a.s. dilontarkan masuk ke dalam api yang besar itu.

"lalu Allah menyelamatkan dia dari api."

Allah s.w.t. menyelamatkan Ibrahim a.s. dari api dengan menjadikannya berasa dingin dan memberikan keselamatan baginya. Ibrahim a.s. akhirnya keluar dari api itu setelah tinggal beberapa hari di dalamnya dalam keadaan selamat.

"Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada ayat-ayat bagi kaum yang beriman."

Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda kebesaran Allah bagi orang-orang yang beriman. Hanya mereka yang dapat mengambil manfaat daripadanya. Dari sana mereka mengetahui benarnya apa yang dibawa para rasul dan batilnya ucapan dan sikap orang yang menyelisihi mereka.

Hal yang seperti itu dijadikan oleh Allah sebagai suri teladan dan contoh, yang menunjukkan pengorbanan diri demi Tuhan Yang Maha Pemurah dan merelakan dirinya dimakan api. Beliau dengan sukarela mengorbankan puteranya untuk dikorbankan, dan harta bendanya untuk tetamu yang berkunjung kepadanya. Kerana itulah semua agama sepakat untuk menyukainya.

Ibrahim a.s. berkata kepada kaumnya dengan nada mengecam dan mencela mereka kerana perbuatan mereka yang buruk, iaitu menyembah berhala-berhala.

"25. Dan berkata, "Sungguh hanyalah kalian sembah dari selain Allah berhala-berhala kasih sayang di antara kalian dalam kehidupan dunia.""

Di antara bentuk sikap tulusnya, berkata Ibrahim a.s., "Sesungguhnya berhala-berhala yang kalian sembah selain Allah hanya untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kalian dalam kehidupan dunia ini saja.”

Ada yang menafsirkan, "Sesungguhnya kalian melakukan penyembahan terhadap berhala-berhala itu hanyalah untuk mengikat sebahagian dari kalian dengan sebahagian yang lain dalam ikatan persahabatan dan kasih sayang di dunia ini."

Ada yang menafsirkan, "Sesungguhnya kalian melakukan penyembahan terhadap berhala-berhala itu hanyalah untuk mendapatkan kasih sayang di antara sesama kalian di dunia ini."

"Kemudian pada hari kiamat mengingkari sebahagian kalian dengan sebahagian" 

Kemudian pada hari kiamat, keadaan tersebut berbalik, persahabatan dan kasih sayang menjadi permusuhan dan kebencian. Kemudian kalian akan saling mengingkari apa yang pernah dilakukan di antara kalian. Pemimpin akan berlepas diri dari pengikutnya.

"dan mengutuk sebahagian kalian sebahagian yang lain."

Kalian akan saling melaknat. Iaitu para pengikut mengutuk atau melaknati para pemimpinnya. Begitu juga sebaliknya, orang-orang yang diikuti melaknati para pengikutnya.

"Dan tempat kembali kalian neraka dan tidak ada bagi kalian dari penolong."

Tempat tempat kembali dan berpulangnya kalian sesudah menjalani peristiwa hari kiamat ialah neraka, dan sekali-kali tak ada bagi kalian para penolong pun yang dapat menyelamatkan kalian dari azab Allah dan siksaNya.

Demikianlah nasib yang akan dialami oleh orang-orang kafir. Adapun keadaan orang-orang mukmin berbeda dan kebalikan dari apa yang dialami oleh orang-orang kafir.

"26. Maka beriman kepadanya Lut" 

Maka Lut a.s. membenarkan kenabian Ibrahim a.s. Ibrahim a.s. sentiasa berdakwah kepada kaumnya, namun kaumnya sentiasa di atas pembangkangannya, hanyasaja di antara mereka ada yang beriman, iaitu Lut a.s., yang kemudian diangkat Allah menjadi RasulNya.

Suatu pendapat mengatakan bahawa Lut a.s. adalah anak saudara lelaki Ibrahim a.s. Beliau adalah Lut ibnu Haran ibnu Azar. Tiada seorang pun dari kalangan kaumnya yang beriman kepadanya selain Lut a.s. dan Sarah (isteri Nabi Ibrahim sendiri).

"dan dia berkata, "Sesungguhnya aku berpindah kepada Tuhanku."" 

Ketika melihat bahawa kaumnya sudah tidak boleh diharapkan lagi keimanannya, Ibrahim a.s. berkata, "Sesungguhnya aku akan berpindah ke tempat yang diperintahkan Tuhanku kepadaku." Iaitu ke Syam. Ibrahim a.s. memilih untuk pindah dari kalangan kaumnya demi membela agamanya dan meneguhkannya.

"Sesungguhnya Dia, Dia Mahaperkasa Mahabijaksana."

Sesungguhnya Dialah Yang Mahaperkasa lagi Mahabijaksana. Kemuliaan hanyalah milik Allah, rasulNya, dan orang-orang yang beriman kepadaNya. Dia memiliki kekuatan dan mampu menjadikan manusia mendapat hidayah, akan tetapi sesuai dengan kebijaksanaanNya. Dia Mahabijaksana dalam semua perkataan, perbuatan, dan semua ketetapanNya.

"27. Dan Kami anugerahkan kepadanya Ishaq dan Ya'qub," 

Kami anugerahkan kepada Ibrahim setelah Isma’il, Ishaq dan Ya’qub. Setelah Ibrahim a.s. meninggalkan kaumnya, maka Allah menyenangkan hatinya dengan memberinya seorang anak yang soleh lagi menjadi seorang nabi, dan seorang cucu yang soleh dan juga seorang nabi semasa Beliau masih hidup, sebagai kurnia tambahan buat Beliau.

"dan Kami jadikan pada keturunannya kenabian dan Al Kitab" 

Ini merupakan kurnia yang paling besar dan keutamaan yang paling agung, di mana sebab hidayah, rahmat, kebahagiaan dan keberuntungannya dijadikan pada keturunannya. Melalui tangan keturunannya, ramai manusia yang beriman.

Selain Allah menjadikan Ibrahim a.s. sebagai kekasihNya, dan menjadikannya sebagai panutan bagi umat manusia, Dia juga memberikan kepada keturunannya kenabian dan Al Kitab. Maka tiada seorang nabi pun sesudah Ibrahim a.s. melainkan berasal dari keturunannya. Semua nabi kaum Bani Israil berasal dari keturunan Ya'qub ibnu Ishaq ibnu Ibrahim, sehingga nabi yang terakhir dari kalangan mereka adalah Isa ibnu Maryam.

Kemudian bangkitlah dari kalangan para nabi semuanya seorang nabi dari Arab keturunan kabilah Quraisy dari keluarga Bani Hasyim. Beliau datang sebagai pembawa berita gembira dan penutup para rasul secara mutlak, juga penghulu seluruh anak Adam, baik di dunia maupun di akhirat.

Allah telah memilihnya dari kalangan intinya orang-orang Arab 'Uraba, berasal dari keturunan Nabi Ismail ibnu Ibrahim a.s. Tiada seorang pun yang menjadi nabi dari kalangan keturunan Ismail a.s. selain Beliau, Nabi Muhammad s.a.w.

"dan Kami beri dia balasan di dunia."

Kami berikan kepadanya balasannya di dunia, iaitu dengan memberikan isteri yang cantik lagi soleh, rezeki yang luas, kesejahteraan, anak cucu yang baik, kenabian yang terus menerus pada keturunannya, rumah yang luas, sumber air yang deras, dan pujian yang baik di semua kalangan dan buah bibir yang baik, semua orang menyukai dan menyenanginya.

"Dan sesungguhnya dia di akhirat termasuk orang-orang yang soleh." 

Sesungguhnya Beliau di akhirat benar-benar termasuk orang-orang yang soleh yang mendapat darjat yang tinggi. Bahkan Beliau dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah orang soleh yang paling utama secara mutlak. Allah mengumpulkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat untuknya.

Allah menghimpunkan bagi Beliau dua hal antara kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat secara berkesinambungan. Selain dari itu Ibrahim a.s. adalah orang yang sentiasa mengerjakan ketaatan kepada Allah dari berbagai seginya. Beliau mengerjakan semua yang diperintahkan Allah kepadanya dan melakukan ketaatan kepada Allah dengan sempurna.

Tiada ulasan:

KANDUNGAN.

JUZUK 1. Isti'adzah.    Al Fatihah 1 , 2 , 3 , 4 , 5 , 6 , 7 . Al Baqarah 1-5 , 6-7 , 8-9 , 10-16 , 17-20 , 21-25 , 26-27 , 28-29 , 3...